BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

28 October 2009

BlOg Yg LaiN!!!

Kencing Manis (www.ubat-kencingmanis.blogspot.com)

25 October 2009

Renung-renungkan!!!


Kata Cinta!!!



Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas
yang di pamerkan oleh seseorang,
bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah...
Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran,
bukannya pengorbanan membuta tuli.
Mereka yang sanggup berkorban demi cinta
adalah orang yang tidak pernah memahami erti kata cinta sebenar.

Erti Sebuah Persahabatan



Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
Jika kamu mengharapkan seorang manusia itu baik kalau kamu dapat
melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapaat melihat keunikannya.
Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan 
jika kamu tidak dapat melihat keduanya...


Andai kau ingin bersahabat...terimalah dia seadanya,

kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa.
Janganlah enkau mengharapkan semuanya sempurna 
kerana kau juga tidak sempurna.
Tiada yang sempurna, jadi bersahabatlah kerasna ALLAH.


Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan 
melaikan kematian...


Jangalah kita memandang rendah erti sebuah persahabatan,
kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri
tanpa SAHABAT...

21 October 2009

Kata-kata Usaha!!!

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur."

"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir."


''Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal.''

''Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan'."

"Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan."

"Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA..."

Mutiara Kata!!!

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."

"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik."

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat."


"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi."


Saya harus katakan bahawa:
YOU ARE STRONGER THAN ARE YOU THINK YOU ARE!!!